MaTRIX21


Malaysia TVET on Research via Exposition 2021 (MaTRiX'21) merupakan persidangan peringkat kebangsaan bagi platform perkongsian ilmu dan dapatan penyelidikan terkini dalam bidang TVET yang terbuka kepada semua khususnya pendidik, penyelidik, pemimpin institusi, pengamal profesional yang terlibat terdiri daripada pelbagai institusi pendidikan seperti universiti awam, politeknik, institut latihan kemahiran awam (ILKA), kolej universiti, kolej vokasional, sekolah teknik dan lain – lain lagi institusi yang terlibat. Bagi tahun 2021, persidangan peringkat kebangsaan ini akan dijalankan secara telesidang (virtual conference) dengan tema Accelerating TVET: Research- From Idea to Application in a New Norm Era. Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah memilih Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) sebagai tuan rumah kali kedua untuk penganjuran persidangan MaTRiX’21 dengan kerjasama Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Timur.

Antara objektif utama penganjuran persidangan MaTRiX'21 ini adalah:
  1. Meningkatkan bilangan penyelidikan dan inovasi dalam bidang TVET di Malaysia.
  2. Menyediakan platform kepada pensyarah, penyelidik, pemimpin dan pengamal profesional TVET untuk berkongsi hasil penyelidikan dan inovasi mereka dengan pihak industri dan masyarakat.
  3. Menggalakkan penyebaran aktiviti penyelidikan dan inovasi dengan pihak industri dan masyarakat.